Posts

Showing posts from June, 2025

TRAUMA

 Trauma, Mereka kata apa yang jadi sudah terjadi, Mereka kata memaafkan adalah terbaik, Mereka kata aku mengada, Mereka kata ada yang lebih sengsara , Tapi, Mereka tak tahu aku terluka, Mereka tak sedar aku merana, Perkara lalu memakan hati, Perkara lalu memusnahkan diri, Perkara lalu merosakkan zaman kecil ku, Perkara lalu memalukan ku ketika besar, Kawan ku sering bertanya, Kawan mentertawakan, Mereka berkata kenapa begitu, Tapi, Tidak mereka tahu rahsia besar yang aku pendamkan , Rahsia yang merosakkan masa depan ku, Rahsia yang merosakkan kewanitaan ku, Rahsia yang membawa ku ke jalan yang gelap, Rahsia yang hampir meragut nyawaku, Mereka tidak tahu aku sakit, Mereka tidak tahu aku menjerit meminta untuk di fahami, Mereka tidak tahu bertapa aku harap orang itu mati, Kerana dia telah merosakkan kebahagiaan masa kecil ku, Mereka menilai tanpa bertanya, Mereka menilai tanpa memahami, Mereka menilai tanpa mengesat air mata ku,  Mereka menilai dengan menghina ku, Hanya Tuhan te...